January 29, 2011

cintaku tertinggal di serting

saat ni , aku memang secara rasmi bukan lagi pelajar mrsm serting . haisshh , sedih memang sedih . tapi nak buat macam mana . ni yang aku mintak dulu , ni lah yang aku dapat sekarang . kalau boleh aku nak angkut je budak-budak serting bawak masuk taiping tu . aku memang dah penat menangis . malam jumaat hari tu , sampai sesak sesak nafas aku dibuatnya . semalam pun 28 januari 2011 which was the last day for me there pun aku larat lagi nak menangis time peluk cica . semalam , aku antara orang orang terakhir yang tinggalkan serting , aku bukak pintu bilik je tengok saf aku semua dah kosong , time tu lah aku sedar yang ni bukan pulang bermalam biasa . tapi pulang bermalam dari serting untuk selama-selamanya . yang mana aku takkan lagi dapat tidur kat serting yang sekarang ni memang sejuk macam kat oversea pun ada .

aku takkan pernah dapat lupa serting . tempat dan orang-orang kat situ dah ajar aku macam - macam  and show me the real life that i should see . aku dah lalui macam-macam kat situ . kau nak apa ? sedih , happy memang semua aku dah rasa . aku pernah gelak sampai pecah perut , nangis sampai bengkak mata , pernah ada ramai gila kawan and pernah hilang kawan paling rapat , pernah ada kat atas , pernah jatuh menjunam ke bawah , pernah memalukan orang , pernah dimalukan , pernah bercinta , pernah putus cinta , pernah jadi top students , pernah jadi students lemah , aku pernah dilabel benda tak baik dan pernah dilabel benda baik sangat , pernah jadi ya allah alim gila , pernah jadi pailang nak mampus sampai ambek kau masuk jdrm . apa lagi agaknya ? aku mungkin tak ingat semuanya . mungkin kau rasa macam *apalah budak ni . tapi aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku pernah buat tak kira baik or jahat . hana pun ada cakap yang teenage life aku almost perfect sebab aku dah rasa apa yang typical teenage should feel no matter good or bad . apa-apapun , everything that i have been through in serting would make myself stronger in future . well after this i guess i can laugh the hardest in any situations bacause i have fought the toughest battle so far . not particularly the toughest but whatever .


konklusinya di sini , aku takkan dengan gampangnya melupakan serting apatah lagi isi-isinya . aku tak sangka , aku masuk sem 2 time form 1 , time tu semua macam menyampah aku je . but at the end aku diterima baik di serting . and thank you for that . tak sia - sia ayah aku maen tambah je pilihan ke 3 and ke 4 untuk pindah mrsm padahal mara bagi 2 options je . jujur cakap , aku tak rasa susah nak tinggalkan pendang macam aku rasa susah nak tinggalkan serting and i bet macam mana best pun taiping nanti tak mungkin dapat kalahkan serting . by the way , aku rasa puas jugak , sebab misi terakhir aku nak rapat balik dengan kawan-kawan rapat aku dah tercapai . fuhhh , struggle jugaklah aku kat minggu last tu . last words , lagu ni memang sedang rancak dinyanyikan di bibir - bibir batch 281 . maklumlah , memang menggambarkan situasi kita ,sekarang ni :

"kasihku , sampai di sini kisah kita
jangan tangisi keadaannya ,
bukan kerna kita berbeda ,
dengarkan , dengarkan lagu , lagu ini ,
melodi rintihan hati ini , 
kisah kita berakhir di JANUARI " .

pee / ass : selepas ini , entry - entry aku mungkin berunsurkan kenangan , perpisahan or apa-apa yang menjurus kepada serting . jadi korang tahan je lah .