February 1, 2011

ELYSHA AZLAN




entri yang ni memang panjang , lantak korang lah nak baca ke tak



cica , sebenarnya aku nak buat surat untuk kau jugak , tapi time aku nak buat , kau nak balik dah . jadi terpaksalah aku batalkan niat aku tu . terima kasih sayang untuk surat , gambar dan baju tu . ca , aku lega kau    
cakap kau tak pernah menyesal dengan apa yang kita pernah buat dulu . mungkin bagi kau , time form 3 lah waktu yang kau paling susah nak lupa sebab i know you're on the top , kau ada friends yang memang sayang kat kau gila - gila , kau dah jumpa insyaallah true love kau and study kau pun cemerlang . tapi kalau tanya aku , memang form 2 lah waktu paling bahagia aku sepanjang kat serting . sebab korang semualah . walaupun aku tahu time form 2 kau tak sehebat form 3 kau , tapi aku tetap bangga sebab aku ada dengan kau time kau at the bottom , time kau invisible iaitu satu waktu yang memang susah untuk orang nampak kita . cica , aku tahu aku patut happy tengok kau happy even though dengan orang lain , sebab itu apa yang orang buat bila dia sayang orang lain . tapi mungkin aku terlebih sayang kau , pasal tu setiap kali aku tengok kau gelak dengan kawan baru , peluk , buat benda semua dengan kawan aku sedih dan sangat  jealous . aku rasa tengok gambar korang sama - sama kat fb pun dah cukup untuk buat aku sedih . tu lah . sapa suruh kau special sangat sampai aku susah nak lepaskan kau ? . cica , aku tahu bila kau masuk tgb , orang yang paling plaing kau akan kenang adalah best friends kau sekarang , aku memang tak tahu macam mana nak nampakkan kitaorang ni special . yelah , kenangan manis kau lebih banyak dengan diorang , kalau gambar pulak , gambar korang bersama lagi banyak dari kita dulu , kita setakat gambar raya yang tak cukup orang dengan video nobody dekat ib je . 


tapi maybe itu yang nampakkan kitaorang special kot , yelahh , satu je gambar so kau akan ingat selama - selamanya satu tu . tak perlu banyak - banyak nanti tak ingat mana satu . cica , lagi satu yang nampakkan kitaorang lain dari yang lain , aku harap kau sentiasa ingat siapakah gerangan yang datang kat kau time kau berbaju songket merah jambu , berbag lesportsac duduk di meja bulat sorang - sorang dan friendless . ampun beribu ampun cica , takde niat nak ungkit , cuma harap dengan benda ni , kau takkan lupa kitaorang . the last one is , kau ingat tak time form 2 kau selalu cakap kat aku , alia , mimi , awin dialog ni "aku suka korang , korang selalu gelak dengan lawak - lawak aku , before ni tak pernah ada orang gelak dengar lawak  aku " .  ni lah maksud aku , aku nak kau ingat siapa orang - orang pertama yang gelak akan lawak - lawak kau . 

cica , jaga diri di tgb , aku tahu kau boleh dapat result cemerlang . and aku harap kau stand out kat sana , wakil semua benda . ingat tak , aku teringin nak kau masuk balik story telling or apa - apa yg sama waktu dengannya sebab time form 1 kan kau dapat nombor 3 story telling antara mrsm . cica , jagakan meni untuk aku . dia takdea sapa - sapa kat sana . harap kau boleh berkawan dia di sana . 


ini mugkin , surat , warkah terakhir aku cakap about friendship kita . maaf cica kalau kau sakit hati baca entri aku yang satu ni , aku hanya bertindak jujur di sini . aku tahu kau tak lupa kitaorang , aku tahu kita semua still kawan . kita kan dah berjanji time tangan berapi demi allah lagi tu .