February 6, 2011

TAIPING MALI SERTING DI HATI

okayh , kita start dengan cerita malam awal pagi tadi

aku berenang sambil minum air sebab aku tengok ada apa dengan cinta sekali dengan match man u vs wolves .

tengok punya tengok at the end oh damn ! last last bunga tak balik kat rangga pon and man u kalah 1 - 2 whatttttt ?

THE END .


okayh sambung cerita sekarang , 

aku dah settle packing . memang barang macam nak pindah terus kat taiping tu .
abang abang aku pon pelik bagai . yelah dorang pon duduk asrama tapi takdelah barang
satu treler macam aku . nak buat macam mana , dah nama perempuan ,
 pakaian dalam je dah macam macam . laki simple . spender je . okay nina cukup .

belum sampai taiping lagi aku dah dengar macam macam dah .
taiping strict lah , taiping clear block pukul 6 lah ,
taiping tempat outing first class lah ape lahh .
entahlah , aku belum nampak gambaran taiping macam mana lagi .
alahh esok daftar tau jugak en .

amal , bella , not , mira a , mira j , yana , alysha semua dah sampai taiping dah .
aku bertolak esok pagi after subuh .

tak tau nak tulis apa lagi entah ,
perasaan ?
sedih memang sedih ,
berdebar pun ada jugak .

well , alysha , bella , yana , aina , farah , amal , mira a , mira j , nabby , iman  LETS ROCK THAT TAIPING

yang kat serting and others pkp . macam aku selalu cakap . aku takkan dengan gampangnya dapat lupa korang . harap kita semua still in touch sampai spm next year .









February 5, 2011

commercial break part 3


kalau cica nak red-haid ala ala hayley. aku pulak nak this peek-a-boo highlights style ala ala katy p gitu . tapi nak buat macam mana en benda benda macam ni haram disisi islam . tapi nak selamat , aku beli yang clip-in highligts . tapi aku pakai tudung daaa .

commercial break part 2


aku suka doh benda alah ni . dari tumblr aku angkut bawak pergi blogspot ni ha . kalau dia cikgu , bukan sahaja tak pontang kelas malah kelas tambahan add math 10 jam pun aku sanggup tempuhi . wahahaha .


bagi sapa sapa tak kenal chace crawford . itulah dia insan yang diminati ramai aku . tau tak what the best part of liking him ? takde sape minat dia jadi aku boleh syok sendiri tamak sorang sorang dan tak payah nak berebut rebut macam peminat peminat serigala jadian lautner tu .


okayh dah cukup nina . gelabi gila lahh entri yang ni .

February 4, 2011

zaman kemerdekaan PMR dah tamat .

maksud aku , aku dah tak boleh masih ada kat awang awangan lagi membayangkan
"tak sangka aku dapat 8a " .  come on .
pmr is not a destination , its just a journey .
jadi aku kena turun dan berpijak di dunia yang nyata
di mana SPM tengah melambai - lambai baik punya kat depan tu .

memang agak lambat untuk aku bercerita pasal ni , tapi lantak lah .
2 minggu masuk kelas , memang masih baru baru dalam dunia upper form ,
aku dah STRESS . mana taknya beb !? , baru dengar format exam dah cukup
untuk buat kaki aku GIGIL jantung degup KENCANG . 
ambik kau spm tak maen dah 2 paper , objektif 40 soalan , masa 1 jam .
memang level up sikit  BANYAK .
boleh cakap ,
pmr level 3 spm level 9
macam langit dan bumi .


baru je kot masuk pengenalan subjek macam chemical equation balance , add math 's method method , tamadun tamadun dah buat mata aku TERBELIAK BELIAK . belum lagi masuk lebih dalam dalam dalam lagi en ? cuak gila gua bagitau lu .

lagi satu masalah yang memang dari form 1 sejak masuk asrama tak pernah nak selesai is :
everytime nak cuti je . mesti aku pasang niat okayh nak belajar sekurang kurangnya 6 jam sehari .
tapi baru duduk kat meja study bukak buku baca satu page mulalahhh :-

naufal - "wey nina , jom lawan bola kat ps3 jom , ala lek ah , nak belajar belajar kat asrama lahh "
diana - " tut , tut , tut , tut (bunyii phone) angkat " nin , datang rumah aku meh , takda orang doh bosan . then 
             pergi ou sekali jom . lama doh tak shopping dengan kau .
alin - " assalamualaikum ! makcik , amalina ada ." aku keluar , " amalina , pergi rumah teha jom , karaoke . 
             nanti kau masuk mrsm tak boleh dah nak karaoke dgn kau lagi .
nabil - " ninaaaaa , ada glee kat tv " .
mak - " nina , pergi rumah orang kahwin jom . ada 3 hari ni . nina kan suka wedding wedding ni .

dan peristiwa peristiwa yang sama waktu dengannya . susah sangat tau tak nak focus belajar even 1 hour kat rumah . lusa nak pergi taiping dah . tapi aku memang tak study balik apa yang aku dah belajar and apa yang aku akan belajar . cuak doh . aku tengah bayangkan classmates aku kat sana angkat angkat tangan jawab soalan cikgu sebab dah faham 100 apa yg cikgu ajar (sebab diorang dah prepared lebih awal) , sedangkan aku terpinga-pinga sorang sorang kat situ .

conclusionnya , aku tak boleh pandang sebelah mata je kat spm tu or belajar last last minute macam era pmr dulu . memang setakat ni , tak pernah lagi aku dengar orang cakap spm senang . aku memang kena step up and prepare mentally. plus , taiping saingan kuat and cara belajar dah lain , no study feeding anymore . so nina , everything is up to you . 







February 3, 2011

mimimimimymimoe




mimi , kau pun aku tak sempat nak tulis surat . tapi sebenarnya , wish aku dalam notebook kecik kau tu dah meluahkan segalanya tapi dalam bentuk ringkasan lah . mimi , aku tahu kau sebenarnya tak layak untuk tak dapat 8a . aku nampak kau struggle mi , tapi mana tahu allah tak izinkan kau dapat 8a sebab nak kau dapat something better for future kan ? macam ayat syurga cinta en (allah sembunyikan matahari tetapi selepas itu allah wujudkan pelangi) ceh ceh :p . mimi , kau kawan paling paling paling semangat pernah aku jumpa sepanjang hidup aku . kau memang type yang sanggup buat apa-apa untuk kawan kan ? bangga doh . susah nak cari kawan macam kau ni . sorry mi , kadang kadang tu aku macam hargai tak hargai je sacrifies kau kat aku . aku paling suka bila part birthday kawan kawan , memang kau lah paling semangat . thank you mimi for everything , aku harap allah balas segala perbuatan baik kau kat kawan kawan kau , . mimi , good luck 2 years ni . sentiasa ingat , spm tak macam pmr boleh study last last minute . prepare awal okayh . 2 years tu sekejap sahaja . bye mimi , i wont forget you my dear . i hope you too .

pee / ass ; every time aku tulis something kat blog ni , aku mesti ingat kau . sebab kau is the one yang memang setia kat blog aku yang macam apa entah and kau yang ingatkan aku untuk update benda alah ni . thanks mimi . i love you . 
BOB THE BUILDER GANGSTER .



bob bob , aku menyampah doh dengan kau , sumpah . haihh , satu hari kalau tak gaduh dalam kelas memang tak sah . kau tengking aku , aku tengking kau memang standard ahh (ayat cikgu suhaimi) haha . tapi gaduh dan menyampah dengan kau are ones of the best things yang berlaku kat aku sepanjang kat serting ni . dan aku akan rindu benda tu bila aku masuk taiping nanti . bye bob , jaga diri , bak kata ain , gangster mana pun ssolat jangan lupa and dapatkan straightssss  A plus in SPM . 

February 2, 2011

HOT ISSUE :-
BOY PREN AKU DAH MASUK CHELSEA DOH .

TAPI MAN U STILL ON THE TOP FOR SURE .


memang takde kena mengena pun . saja suka suka -_____-

1 FEBRUARY 2011

tak sangka walaupun birthday aku dah 2 hari berlalu , korang still nak sambut . toce toce .











dengan tengok gambar sahaja korang dah tahu kan apa yang berlaku . jadi tak perlulah cerita panjang panjang . terima kasih korang . ni first time aku sambut birthday kat tempat bowling dengan bubble-bubble dan dengan budak budak ib . walaupun agak mengejar masa waktu tu . tapi aku tetap puas . OH YEAH , CREDITS TO ALYSHA ESPECIALLY .


BTW , GONG XI FA CAI , DAH 1 JAM TAPI FIREWORK STILL DUM DAM DUM DAM KAT LUAR .

February 1, 2011

bengang tau tak





kenapa korang hot sangat ?! dah berapa banyak shopping mall aku serang . korang semua dah habis .

HADEE IQWAN ,


hadee , tak semestinya kita dah lain sekolah kita dah stop berkawan kan ? kontrak berkawan kita masih diteruskan sehingga akhir hayat kita . aku ingat pesan - pesan kau semua dan insyaallah aku akan laksanakan . jangan sedih lama lama sangat , mungkin rezeki kau nak berjaya kat serting kan ? aku takkan lupa kau , dah 9 tahun sama sekolah , 5 tahun classmate . 

ELYSHA AZLAN




entri yang ni memang panjang , lantak korang lah nak baca ke tak



cica , sebenarnya aku nak buat surat untuk kau jugak , tapi time aku nak buat , kau nak balik dah . jadi terpaksalah aku batalkan niat aku tu . terima kasih sayang untuk surat , gambar dan baju tu . ca , aku lega kau    
cakap kau tak pernah menyesal dengan apa yang kita pernah buat dulu . mungkin bagi kau , time form 3 lah waktu yang kau paling susah nak lupa sebab i know you're on the top , kau ada friends yang memang sayang kat kau gila - gila , kau dah jumpa insyaallah true love kau and study kau pun cemerlang . tapi kalau tanya aku , memang form 2 lah waktu paling bahagia aku sepanjang kat serting . sebab korang semualah . walaupun aku tahu time form 2 kau tak sehebat form 3 kau , tapi aku tetap bangga sebab aku ada dengan kau time kau at the bottom , time kau invisible iaitu satu waktu yang memang susah untuk orang nampak kita . cica , aku tahu aku patut happy tengok kau happy even though dengan orang lain , sebab itu apa yang orang buat bila dia sayang orang lain . tapi mungkin aku terlebih sayang kau , pasal tu setiap kali aku tengok kau gelak dengan kawan baru , peluk , buat benda semua dengan kawan aku sedih dan sangat  jealous . aku rasa tengok gambar korang sama - sama kat fb pun dah cukup untuk buat aku sedih . tu lah . sapa suruh kau special sangat sampai aku susah nak lepaskan kau ? . cica , aku tahu bila kau masuk tgb , orang yang paling plaing kau akan kenang adalah best friends kau sekarang , aku memang tak tahu macam mana nak nampakkan kitaorang ni special . yelah , kenangan manis kau lebih banyak dengan diorang , kalau gambar pulak , gambar korang bersama lagi banyak dari kita dulu , kita setakat gambar raya yang tak cukup orang dengan video nobody dekat ib je . 


tapi maybe itu yang nampakkan kitaorang special kot , yelahh , satu je gambar so kau akan ingat selama - selamanya satu tu . tak perlu banyak - banyak nanti tak ingat mana satu . cica , lagi satu yang nampakkan kitaorang lain dari yang lain , aku harap kau sentiasa ingat siapakah gerangan yang datang kat kau time kau berbaju songket merah jambu , berbag lesportsac duduk di meja bulat sorang - sorang dan friendless . ampun beribu ampun cica , takde niat nak ungkit , cuma harap dengan benda ni , kau takkan lupa kitaorang . the last one is , kau ingat tak time form 2 kau selalu cakap kat aku , alia , mimi , awin dialog ni "aku suka korang , korang selalu gelak dengan lawak - lawak aku , before ni tak pernah ada orang gelak dengar lawak  aku " .  ni lah maksud aku , aku nak kau ingat siapa orang - orang pertama yang gelak akan lawak - lawak kau . 

cica , jaga diri di tgb , aku tahu kau boleh dapat result cemerlang . and aku harap kau stand out kat sana , wakil semua benda . ingat tak , aku teringin nak kau masuk balik story telling or apa - apa yg sama waktu dengannya sebab time form 1 kan kau dapat nombor 3 story telling antara mrsm . cica , jagakan meni untuk aku . dia takdea sapa - sapa kat sana . harap kau boleh berkawan dia di sana . 


ini mugkin , surat , warkah terakhir aku cakap about friendship kita . maaf cica kalau kau sakit hati baca entri aku yang satu ni , aku hanya bertindak jujur di sini . aku tahu kau tak lupa kitaorang , aku tahu kita semua still kawan . kita kan dah berjanji time tangan berapi demi allah lagi tu .